News

MBOT METERAI MOU BERSAMA FINAS DAN UITM

Aug 26, 2020
26 OGOS 2020 - Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MBOT, National Film Development Corporation Malaysia (FINAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur pada hari ini. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Saifuddin Abdullah. YB Datuk Saifuddin telah menyaksikan pertukaran MoU di antara YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, Presiden MBOT, YBrs. Tuan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan YBhg. Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM. 

MoU di antara MBOT-UITM dan FINAS telah dimeterai bagi mengiktiraf penggiat industri kreatif terutama tenaga kerja pakar dalam bidang Teknologi Seni Reka dan Multimedia Kreatif. Kerjasama ini juga diwujudkan bagi memastikan pembangunaan latihan yang efektif bagi meningkatkan kualiti industri multimedia kreatif di Malaysia.