Anugerah MBOT 2023

Pada tahun ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MBOT akan menyampaikan penganugerahan khas buat Teknologis dan Juruteknik negara serta tokoh wanita bagi menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan masyarakat.
Terdapat tiga (3) kategori anugerah dan hanya
SATU pemenang bagi
SETIAP kategori seperti berikut;
i. Anugerah Teknologis Negara 2023
ii. Anugerah Juruteknik Negara 2023
iii. MBOT Woman Leadership Award 2023
SENARAI DAN KRITERIA ANUGERAH MBOT
BIL |
PERKARA |
KETERANGAN |
1. |
Nama Anugerah |
Anugerah Teknologis Negara |
|
Kriteria |
- Ahli profesional MBOT (Teknologis Profesional - Ts.)
- Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknologi bagi pembangunan produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
- Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
- Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang Teknologis Profesional (Ts.)
- Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
|
2. |
Nama Anugerah |
Anugerah Juruteknik Negara |
|
Kriteria |
- Ahli profesional MBOT (Juruteknik Bertauliah - Tc.)
- Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknikal bagi pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
- Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
- Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang Juruteknik Bertauliah (Tc.)
- Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
|
3. |
Nama Anugerah |
MBOT Woman Leadership Award |
|
Kriteria |
- Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terkini pernah membangunkan penyelidikan atau pembangunan/ projek teknikal/ projek khas/ perkhidmatan teknologi bagi pembangunan produk, pembuatan produk, pengujian produk, pentauliahan produk atau penyenggaraan produk
- Mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara
- Berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang teknologis atau juruteknik
- Mempunyai impak besar kepada pembinaan golongan wanita, keluarga, masyarakat dan negara
- Mempraktikkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam profesion mereka
- Mempunyai pengalaman dalam kepimpinan dalam kluster teknologi atau teknikal
|
Permohonan pencalonan perlu dibuat menggunakan dokumen pencalonan yang perlu dimuat turun seperti berikut;
i)
Borang Pencalonan
ii)
Senarai Semak Dokumen Pencalonan
Dokumen yang telah lengkap perlu dikemukakan dalam bentuk PDF dan dimuat naik melalui pautan Google Form seperti berikut:
https://forms.gle/9gdb1PVwqhkWdn9w7
Semua pencalonan akan melalui beberapa proses yang ketat sebelum disenarai pendek. Segala pemberitahuan akan dimaklumkan melalui emel.