News

PROFESSIONAL COMPETENCY FRAMEWORK WORKSHOP

Oct 31, 2019
30 OKTOBER 2019 - Dalam usaha memperkasa bidang teknologi, Bengkel ''Professional Competency Framework'' dianjurkan dengan kolaborasi bersama Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) yang disertai 25 pengamal-pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Teknologis dan Juruteknik. 

Bengkel ini bertujuan membincangkan pewujudan bidang teknologi baru iaitu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di samping memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan meningkatkan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk mencapai ekonomi yang berpendapatan tinggi dan melindungi keselamatan dan kesihatan awam.

Bengkel yang diadakan di Wisma MSOSH ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu Technology Fields Refinement, Technology Field Requirements Optimization,Technology Services Refinement dan Technical Services Refinement dan diakhiri dengan pembentangan secara berkumpulan. 

Turut serta dalam bengkel ini ialah Encik Mohammad Aliasman bin Morshidi, Jawatankuasa Pengurusan MSOSH dan Ts. Mohd Khairuddin bin Rais, Timbalan Pendaftar MBOT.