News

YOUNG LEADERSHIP PROGRAM: SHAPING TOMORROW’S TECHNOLOGISTS

Jun 18, 2025
18 JUN 2025 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menganjurkan Young Leadership Program, satu inisiatif khusus untuk ahli profesional muda MBOT. Program ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan profesional dan memperluas jaringan kerjaya teknologis muda dalam merancang laluan kerjaya yang lebih strategik dan sejajar dengan kehendak industri teknologi masa kini.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dan berlangsung di Auditorium, Level 2, SHRDC, Shah Alam. Seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada ahli profesional muda MBOT telah menghadiri program ini.

Antara pengisian utama program adalah sesi forum yang membawa tema "Shaping Tomorrow’s Technologists: Leadership, Digital Presence & Industry Impact". Panel forum ini menampilkan barisan tokoh profesional berpengaruh dalam industri, iaitu Prof. Adj. Eur Ing. Ts. Mohamad Sukor Zainal, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Operasi, EFTECH Drilling (EDS); Ts. Uma Shangery Aruldass, Technical Services and Planning Manager, Berjaya Air Sdn. Bhd; dan Ts. Abdullah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Medivest Sdn. Bhd. Sesi ini telah dikendalikan oleh Ts. Dr. Ismaniza Ismail, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain itu, program ini turut menampilkan satu sesi perkongsian yang menarik berkaitan penjenamaan digital oleh Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah.

MBOT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SHRDC atas sokongan serta kerjasama erat yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. MBOT komited untuk terus memperkasakan bakat muda dalam sektor teknologi, seiring usaha membentuk pemimpin masa depan yang lebih bersedia dan berdaya saing.