News

WTC: WOMEN IN HEELS DI PLYTEC HOLDING BERHAD

Mar 23, 2023
23 MAC 2023 - MBOT melalui Woman Technologist Chapter (WTC) telah menganjurkan program Women in Heels iaitu sebuah lawatan teknikal ke syarikat Plytec Holding Berhad di Puchong.

Lawatan ini merupakan salah satu platform perkongsian pengetahuan yang diadakan bersama Plytec, sebuah syarikat yang amat berpengalaman dalam industri bangunan dan binaan. Antara aktiviti yang diadakan semasa program ini ialah taklimat keselamatan di tapak binaan, perkongsian mengenai Integrated Digital Delivery (IDD) dan Green Formwork. YBrs. Ts. Louis Tay Chee Siong, Ketua Pegawai Operasi Plytec turut hadir memberikan ceramah mengenai keselamatan, produktiviti dan teknologi.

Lawatan ini telah disertai oleh 11 teknologis wanita dalam bidang Teknologi Bangunan dan Binaan dan Teknologi Pembuatan dan Industri serta beberapa kakitangan teknikal wanita dari Plytec.