News

WTC: WOMEN IN HEELS DI KLIA1

Apr 11, 2023
11 APRIL 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui Woman Technologist Chapter (WTC) telah menjalankan lawatan teknikal ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA1). Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua diadakan untuk program Women In Heels.  

Seramai 19 teknologis wanita telah berpeluang melawat Air Traffic Control Centre (ATCC) dan Menara KLIA. Semasa program ini, peserta telah mendapat pengalaman berada di bilik simulasi penerbangan sambil mendengar taklimat keselamatan di ATCC yang diberikan oleh En Al Faruqi bin Nasseri, Penolong Pengarah Kanan AATC.