News

TELECOMMUNICATION & BROADCASTING PROFESSIONAL TECHNOLOGIST CONFERENCE 2023

Jul 15, 2023
15 JULAI 2023 - Persidangan yang telah diadakan pada 15 Julai 2023 ini merupakan kerjasama dinamik bersama MBOT Technology & Technical Working Group (TTWG) dalam bidang Teknologi Telekomunikasi dan Penyiaran, Medialab Alliance Sdn Bhd dan UniKL British Malaysia Institute. 

YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden MBOT telah hadir menyampaikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan program ini. Program yang berlangsung di UniKL British Malaysia Institute ini juga telah menampilkan YBrs. Ir. Ts. Azizi bin A Hadi, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, Telekom Malaysia sebagai penceramah ucaptama.

Secara keseluruhannya, program yang mengangkat tema ‘Empowering Technologist Profession & Digital Technology’ ini telah dihadiri kira-kira 100 Teknologis Professional MBOT dan pengamal bidang telekomunikasi dari pelbagai sektor dan organisasi.