News

TAKLIMAT MBOT KEPADA PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

Jan 11, 2023
11 JANUARI 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah dijemput memberikan taklimat dalam Program Pengukuhan Ke Arah Pengiktirafan Kemahiran Teknikal Penolong Pegawai Pertanian bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. 

Taklimat yang diberikan adalah khusus kepada pengenalan, fungsi dan peranan MBOT, di samping menerangkan proses pendaftaran secara terperinci. MBOT turut mencadangkan kerjasama dengan Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (AGRASOU) untuk menerapkan ketetapan amalan dalam proses teknikal yang melibatkan pegawai Jabatan Pertanian.

Taklimat ini dihadiri kira-kira 70 orang peserta manakala wakil MBOT yang hadir adalah Ts. Abdul Hafiz Mohamad, Timbalan Pendaftar (Operasi) dan En Nur Aswad Roslan, Penolong Pendaftar.