News

TAKLIMAT KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL

Feb 09, 2020

9 FEBRUARI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah memenuhi jemputan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), Universiti Malaysia Terengganu hari ini. Sesi Taklimat Keahlian Profesional MBOT telah dihadiri 40 orang kakitangan fakulti yang terdiri daripada pensyarah dan personnel bahagian teknikal. 

Tc. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Anggota Lembaga MBOT telah berkongsi tentang pelaksanaan CPD yang akan bermula pada tahun ini. Segala maklumat dan jam CPD akan direkodkan dalam satu sistem yang akan dilancarkan pada masa terdekat.