May 22, 2025
22 Mei 2025 - Roadshow Pengiktirafan Bersama MBOT - JPK bagi Zon Utara telah diadakan di Dewan Teater 3, UOW Malaysia KDU Penang University College, George Town, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh kolaborasi antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam usaha memperkasakan pengiktirafan teknikal serta pembangunan profesional dalam kalangan tenaga kerja mahir di Zon Utara.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Pengerusi Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) merangkap Ahli Lembaga MBOT. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh Dr. Tan Kea Cheng, Penolong Kanan Pengarah JPK Wilayah Utara, yang membentangkan peranan serta inisiatif semasa JPK.
Puan Hajjah Nur Sakinah Ishak, Timbalan Pendaftar Sekretariat Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDS) MBOT turut hadir memberi penerangan mengenai pensijilan teknikal dan pembangunan profesional di bawah bidang kuasa MBOT.
Program ini telah berjaya menghimpunkan 30 peserta daripada sektor teknikal dan latihan, sekali gus membuka ruang dialog yang konstruktif serta pertukaran maklumat berkaitan standard pengiktirafan dan pembangunan profesional.