News

SESTECH LEADERSHIP FORUM

Dec 18, 2019
18 DISEMBER 2019 - YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT dan YBrs. Ts. Choo Kok Beng, Anggota Lembaga MBOT telah dijemput ke SESTECH Leadership Forum yang bertempat di TPC Kuala Lumpur pada hari ini. 

Dengan bertemakan 'Leading in the Digital Age : Opportunity or Threat', sesi forum yang pertama telah disertai oleh YBrs. Ts. Choo sebagai moderator manakala YBhg. Tan Sri Ts. Ahmad Zaidee ialah panel perbincangan. 

Forum yang dianjurkan oleh Malaysian Service Providers Confederation (MSPC) dan International Association for Enterprise Information Systems (IAEIS) ini dirasmikan oleh Dato' Ts. Abdul Razak, Presiden MSPC.