News

SESI TAKLIMAT LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Dec 30, 2019

30 DISEMBER 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia telah memenuhi jemputan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memberikan taklimat permohonan Teknologis Profesional kepada para pensyarah Fakulti Teknikal dan Vokasional. Bertempat di Bilik Seminar RMIC, UPSI, seramai 30 orang pensyarah telah hadir pada sesi ini.

Antara intipati perkongsian sesi ini ialah pengenalan tentang MBOT, perkongsian lawatan teknikal ke Jepun dan Korea, perkongsian penyelidikan tentang pembangunan sistem profesional bagi Teknologis dan Juruteknik, cara-cara untuk mendaftar dan penilaian profesional.

Pihak UPSI yang diwakili oleh Dr Che Ghani Bin Che Kob, Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Alumni) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional menyatakan hasrat beliau untuk menjemput MBOT mengadakan 'on-site profesional assessment' di UPSI pada masa akan datang.