News

SESI TAKLIMAT KEPADA DEKAN-DEKAN UITM SHAH ALAM

Aug 21, 2019
20 OGOS 2019 - YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc. telah memenuhi undangan memberikan taklimat mengenai Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kepada dekan-dekan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. 

Turut hadir mengiringi Tan Sri Ts. Ahmad Zaidee ialah Ts. Mohd Khairuddin bin Rais, Timbalan Pendaftar MBOT. 

Sesi taklimat yang bertempat di Bilik Sidang Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin ini memberikan peluang untuk menyelesaikan beberapa persoalan dan isu berbangkit mengenai MBOT dan UiTM secara amnya, Taklimat tersebut telah memberikan gambaran yang lebih jelas tentang fungsi dan peranan MBOT dalam memperkasa Teknologis dan Juruteknik. 

Pihak MBOT mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Shah Alam di atas penganjuran taklimat ini.