News

SESI PERKONGSIAN DI PAVILION (SPEAKER'S CORNER) MALA BAGI PROGRAM ASIA PACIFIC URBAN FORUM KE-7 (APUF7)

Oct 17, 2019
14 OKTOBER 2019 - YBhg. Datuk Ts. Feroz Hanif bin Mohamed Ahmad, Anggota Lembaga MBOT telah menyertai satu sesi perkongsian  di Pavilion (Speaker's Corner) bersempena Program Asia Pacific Urban Forum ke-7 (APUF7) bertempat di Setia Spice Arena Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

YBhg. Datuk Ts. Feroz telah membentangkan topik 'MBOT : Ke Arah Profesionalism dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)'. Dalam perkongsian tersebut, beliau telah menceritakan Peranan PBT Ke Arah Perkembangan Teknologi dan Manfaat Pengiktirafan MBOT kepada (PBT). Program anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumpulkan wakil-wakil PBT dari seluruh negara