News

SESI PERJUMPAAN MBOT DAN TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jan 11, 2023
11 JANUARI 2023 - Baru-baru ini, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan lawatan ke TATI University College di Kemaman, Terengganu. Melalui pertemuan tersebut, MBOT dan TATI berhasrat utk menjalin kerjasama strategik dengan perancangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU). 

Kerjasama tersebut akan meliputi pendaftaran graduan di bawah program yang diakreditasi oleh Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT sebagai Juruteknik Berkelayakan dan Teknologis Berijazah serta kolaborasi strategik dalam pelaksanaan program TATIUC. 

Selain itu, MBOT yang diwakili oleh Ts. Abdul Hafiz Mohamad, Timbalan Pendaftar (Operasi) dan En Nur Aswad Roslan, Penolong Pendaftar telah memberikan taklimat mengenai pendaftaran pukal sebagai Teknologis Berijazah dan Juruteknik Berkelayakan. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ts. Dr Mohd Najib Muhamed, Pengurus Jabatan Perniagaan dan Hubungan Industri, TATI University College.