News

SESI TAKLIMAT MBOT DI MAKTAB TEKNIK PDRM

May 09, 2019

BAKRI, MUAR 8 Mei - Pada rabu lepas, MBOT sekali lagi menerima undangan daripada selatan tanah air. Bagi sesi taklimat kali ini, MBOT telah berkunjung ke Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar yang bertujuan menerangkan peranan MBOT dan menjelaskan profesion sebagai teknologis dan juruteknik secara amnya.

Taklimat ini mempunyai signifikan kepada institusi tersebut kerana rata-rata tenaga pengajar yang hadir ke taklimat ini terlibat dalam bahagian pengangkutan yang membolehkan mereka untuk mendaftar di bawah bidang Teknologi Pengangkutan dan Logistik.

Diharapkan agar usaha MBOT untuk memberi pengiktirafan kepada para teknologis dan juruteknik mendapat penerimaan dan sambutan yang menggalakkan daripada sektor kerajaan mahupun swasta.