News

PROGRAM ROADSHOW PENGIKTIRAFAN BERSAMA MBOT DAN JPK

Apr 22, 2025
22 APRIL 2025 - Program Roadshow Pengiktirafan Bersama MBOT dan JPK telah berlangsung dengan jayanya melibatkan 49 peserta daripada Pusat Bertauliah dan Penyedia Latihan sekitar Zon Timur. Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi berkaitan dalam usaha mengiktiraf pusat latihan serta memberi pendedahan berkaitan Pensijilan Teknikal Profesional.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Pengerusi Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal merangkap anggota Lembaga MBOT dan Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar MBOT.

Ts. Mad Zufri bin Ismail dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menerangkan hala tuju pembangunan kemahiran negara serta peranan JPK dalam memperkasa sektor TVET. Seterusnya, Puan Mek Eshah binti Awang dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) berkongsi maklumat mengenai pelbagai skim pembiayaan latihan. Puan Nur Sakinah binti Ishak pula menarik perhatian peserta kepada Pensijilan Teknikal Profesional di bawah Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal MBOT.