News

PROGRAM ROAD TO BE TECHNOLOGISTS (Ts.)

Jan 15, 2021

15 JANUARI 2020 – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah dijemput menyertai program Road To Be Technologists (Ts.) yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Bestari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sesi ini telah menampilkan Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar MBOT, Ts. Dr. Latifah binti Md Ariffin, Panel Penilai Professional MBOT dan Ts. Dr.  Hasyamuddin bin Othman, Panel Penilai Akreditasi MBOT sebagai panel forum.

Seramai 258 kakitangan dan pelajar UTHM telah menyertai forum atas talian ini yang dipancarkan melalui aplikasi Google Meet dan Facebook Live. Sesi ini dimulakan dengan pengenalan mengenai fungsi MBOT, bidang-bidang yang diiktiraf oleh MBOT, akreditasi program akademik B.Tech. dan seterusnya perkongsian ilmu dari panel-panel forum. Di akhir sesi ini, peserta-peserta telah diberi peluang untuk berinteraksi secara interaktif dengan mengajukan pelbagai soalan kepada panel.