Jan 13, 2026
13 JANUARI 2026 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi membincangkan mengenai pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) dalam skim perkhidmatan awam, khususnya bagi lantikan gred DV9.
Perbincangan ini adalah susulan cadangan MBOT agar kelayakan B.Tech dipertimbangkan sebagai salah satu syarat lantikan, sejajar dengan keperluan profesional dan pembangunan laluan kerjaya tenaga pengajar TVET.
MBOT kekal berperanan sebagai pemudah cara dalam menyokong pelaksanaan penyelesaian yang praktikal dan sejajar dengan dasar sedia ada, selaras dengan aspirasi Majlis TVET Negara untuk memperkukuh ekosistem TVET negara.