News

PERBINCANGAN KERJASAMA MBOT DAN KRU MASTERCLASS

Nov 16, 2021
16 NOVEMBER 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan KRU Masterclass telah mengadakan perbincangan kerjasama di pejabat MBOT, Putrajaya hari ini.

Semasa perbincangan tersebut, pihak KRU Masterclass telah berkongsi mengenai persijilan profesional dan kursus yang ditawarkan berkaitan bidang teknologi multimedia kreatif seperti animasi 3D dan reka grafik. MBOT melihat jalinan kerjasama ini sebagai satu platform yang boleh dimanfaatkan oleh Teknologis dan Juruteknik untuk meningkatkan kemahiran sedia ada di samping mempelajari kemahiran baharu dengan pakar-pakar dalam bidang teknologi senireka dan multimedia kreatif.

Perbincangan ini disertai oleh YBhg. Dato' Norman Abdul Halim, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU dan pengurusan tertinggi MBOT.