News

PERBINCANGAN APLIKASI TEKNOLOGI MARIN DALAM BIDANG TEKNIKAL

May 04, 2021
4 MEI 2021 - Pada hari ini, MBOT telah menerima kunjungan hormat dari Ustaz Muhammad bin Abdullah, Pengarah I-Divers Tours Sdn Bhd di Pejabat Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tc. Abdul Hafiz bin Mohamad Noor, Timbalan Pendaftar (Operasi). Antara intipati perbincangan adalah aplikasi Teknologi Marin untuk menjalankan kerja-kerja teknikal dalam air dan pengiktirafan bakat divers yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai Juruteknik Bertauliah dan Teknologis Profesional dalam bidang Teknologi Marin. 

I-Divers merupakan sebuah institusi selam skuba yang berdaftar dengan Profesional Association of Diving Instructor (PADI) & International Association of Nitrox and Technical Diver (IANTD) yang menyediakan perkhidmatan lesen Public Safety Diver.