News

PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN AKREDITASI KEPADA UITM

Sep 10, 2020
10 SEPTEMBER 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) akan menilai program HETVET@UITM untuk mendapat pengiktirafan sebagai program profesional mengikut garis panduan Manual TTAC. 

Dalam usaha menyokong agenda negara untuk melahirkan graduan holistik, seimbang dan kompetetif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Majlis Pelancaran High-End TVET (HETVET)@UiTM, bersempena Conference of Heads of Academic Departments (CHAD) 2020 anjuran bersama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).    

Semasa majlis tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT menyerahkan Sijil Kelulusan Peralihan program kapada Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim, Naib Canselor UiTM. Turut mengiringi penyerahan sijil tersebut ialah YBhg. Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal bin Harun, FASc. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM dan Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT.