News

PENUKARAN MOU DI ANTARA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA DAN SCOPE SDN BHD

Oct 08, 2020
7 OKTOBER 2020 - Penukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Teknologis Malaysia dan Sarawak Centre of Performance (SCOPE) Sdn Bhd dilaksanakan secara maya yang disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak bersempena International Digital Economy Conference Sarawak 2020 (IDECS).

YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT telah bersiaran secara langsung dari Kuala Lumpur melalui aplikasi Zoom yang dipancarkan di layar gergasi untuk tontotan hadirin IDECS yang berada di Borneo Convention Centre Kuching.