News

PENILAIAN PROFESIONAL DAN LAWATAN KE KAPAL DI LIMBUNGAN BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN BHD

Mar 12, 2020

12 MAC 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia telah berkesempatan berkunjung ke Boustead Naval Shipyard di Lumut untuk menjalankan penilaian profesional dan lawatan Kapal. Delegasi MBOT telah mendapat peluang untuk melawat Kapal KD Kedah dan menyaksikan kerja-kerja penyelenggaraan enjin, bilik kawalan, dek dan bahagian-bahagian lain kapal tersebut.

Seramai 8 orang calon penilaian dalam bidang Teknologi Maritim telah menduduki penilaian berbentuk temuduga. 

Pihak MBOT mengucapkan terima kasih kepada Kapten Rosnizam bin Che Puteh, Pengarah Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada, Pangkalan TLDM, di atas jemputan lawatan ini.