News

PENGANUGERAHAN TEKNOLOGIS PROFESIONAL KEPADA MENTERI BESAR JOHOR

Apr 11, 2021
7 APRIL 2021 - YAB Dato' Ir. Ts. Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah mendapat penganugerahan sebagai Teknologis Profesional (Ts.) yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) semasa majlis Johor Construction Awards (JCA) anjuran Johor Centre for Construction Development (JCCD). 

YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah turut menyampaikan mock kad pendaftaran Touch 'N Go kepada YAB Dato' Ir. Ts. Haji Hasni sebagai simbolik pendaftaran YAB bersama MBOT. Bersempena majlis tersebut juga, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama JCCD. 

JCA telah diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai prestasi yang terbaik di negeri Johor di samping dapat memperluas rangkaian antara kontraktor yang terlibat di negeri Johor. Majlis ini yang berlangsung di Fraser Place Puteri Harbour dalam suasana norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ihsan Gambar : JCCD