News

PELANTIKAN PRESIDEN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA SEBAGAI FELO KEHORMAT UNIVERSITY COLLEGE OF YAYASAN PAHANG

Jan 16, 2020
16 JANUARI 2020 - Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia di atas pengiktirafan sebagai Felo Kehormat di bawah Tun Ghazali Shafie: Institute of Strategic Leadership, University College of Yayasan Pahang (UCYP).

YBhg. Tan Sri merupakan salah seorang penerima anugerah yang disampaikan oleh YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di atas jasa bakti dan sumbangan beliau ke arah pembangunan aspek kepimpinan dan perkongsian ilmu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

YBhg. Tan Sri juga memegang tanggungjawab sebagai Felo Insitution of Engineers Malaysia serta Akademi Sains Malaysia pada tahun 1999 dan kini masih berkhidmat di kedua-dua badan.

Pada tahun 2015, beliau telah menerima pelantikan sebagai Presiden Lembaga Teknologis Malaysia dan masih berkhidmat sehingga kini.