News

MESYUARAT MBOT DAN PENYEDIA PLATFORM ATAS TALIAN, RUANG CIKGU SDN BHD

Nov 04, 2020
4 NOVEMBER 2020 – YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT telah menerima kunjungan dari Ruang Cikgu Sdn Bhd yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Latt Shariman, Penasihat Ruang Cikgu Sdn Bhd.
 
Intipati kunjungan tersebut ialah membincangkan peluang kerjasama di antara MBOT dan Ruang Cikgu bagi menawarkan platform yang inovatif  dalam pendigitalan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ruang Cikgu Sdn Bhd merupakan penyedia platform atas talian yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Melayu. Ruang Cikgu menyediakan sistem pengurusan pembelajaran yang mengkhususkan penggunaan platform digital dalam pendidikan dan latihan kemahiran.
 
Turut hadir ialah YBhg. Datin Norzihan Ahmad, Pengasas, Encik Muhammad Jazlie Jabarudin, Naib Presiden Ruang Cikgu, YBrs. Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT dan YBrs. Tc. Abdul Hafiz Mohd Noor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT.