News

MESYUARAT MBOT DAN JOHNSON CONTROLS HITACHI AIR CONDITIONING MALAYSIA SDN BHD

Feb 11, 2020

11 FEBRUARI 2020 - Pertemuan antara MBOT dan Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd telah diadakan bagi membincangkan pengiktirafan profesional kepada warga kerja teknikal Johnson Controls.

Wakil MBOT yang hadir ialah Ts. Mohd Khairuddin bin Rais, Timbalan Pendaftar MBOT dan Cik Wan Nur Diyana Syafiqah, Penolong Pendaftar MBOT. Semasa kunjungan tersebut, Ts. Mohd Khairuddin telah memberikan taklimat mengenai MBOT, pendaftaran dan penilaian profesional secara pukal kepada kakitangan Johnson Controls.

Pihak Johnson Controls merancang untuk mendaftarkan kursus mereka sebagai salah satu program CPD di bawah MBOT.