News

MESYUARAT MBOT BERSAMA EDUCITY

Jan 21, 2022
21 JANUARI 2022 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menjadi rakan strategik dalam pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity) susulan daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBOT dan EduCity yang diadakan tempoh hari.

Melalui pertemuan yang diadakan di Pejabat EduCity hari ini, MBOT bakal sertai program EduCity Open Day sebagai rakan strategik dalam penyediaan kandungan program. Ini termasuk perbincangan mengenai penglibatan ahli MBOT dalam perkongsian ilmu. Kedua-dua belah pihak juga telah membincangkan beberapa potensi kerjasama bagi menggerakkan program-program pendidikan berasaskan teknologi dan teknikal.