News

MESYUARAT LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) BERSAMA UCSI UNIVERSITY

Oct 21, 2019
18 OKTOBER 2019 - Mesyuarat di antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan UCSI University telah diadakan di UCSI University, Kuala Lumpur yang disertai oleh YBrs. Tc. Abdul Hafiz Bin Mohamad Nor, Anggota Lembaga MBOT dan YBrs. Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar MBOT. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah program-program teknologi yg boleh diakreditasi oleh MBOT seperti Artificial Intelligence (AI), Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran dan lain-lain yang berkaitan. 

Tc. Abdul Hafiz dan Ts. Mohd Nazrol juga berpeluang membuat lawatan ke Bengkel Mekanikal dan Rekabentuk di UCSI University  bersama Dr Ang Chun Kit, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Binaan Alam Sekitar.