May 28, 2025
28 Mei 2025 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh profesionalisme dan kompetensi bakat dalam industri pembinaan.
Antara fokus utama perbincangan adalah potensi pengiktirafan profesional terhadap pensijilan CIDB, khususnya Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP), sebagai salah satu laluan pendaftaran dengan MBOT. Inisiatif ini bertujuan menyeragamkan pensijilan industri dengan piawaian profesional negara.
Turut dibincangkan ialah cadangan penggunaan Piawaian Perkhidmatan Profesional MBOT dalam perkhidmatan teknikal dan projek CIDB bagi meningkatkan kualiti dan pematuhan kerja teknikal mengikut amalan terbaik industri.
Lawatan ini dipengerusikan oleh Sr Ahmad Farrin Mokhtar, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Kontraktor & Personel Binaan CIDB manakala delegasi MBOT diketuai oleh Ts. Ir. Louis Tay Chee Siong, Pengarah Eksekutif Plytec Group merangkap Anggota Lembaga MBOT.