Jul 14, 2026
14 JULAI 2026 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) meneruskan agenda libat urus strategiknya melalui kunjungan ke Association of Professional Technicians and Technologists (APTT) Sarawak, yang diketuai oleh Presiden MBOT, Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, FASc.
Sesi tersebut disertai oleh Ts. Andy Tiong Meng Jun, Timbalan Presiden APTT dan ahli-ahli APTT bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dan meneroka inisiatif baharu yang dapat menyokong pembangunan program berkaitan teknologi dan ekosistem teknologi di Sarawak.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperluas perkongsian kepakaran, menggalakkan pertukaran ilmu serta mengenal pasti bidang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi dan komuniti teknologi.