News

MBOT TUNE SUMMIT 2025, BAKAT TVET NADI KEMAHIRAN NEGARA

Nov 13, 2025
10 NOVEMBER 2025 - Program MBOT Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE) Summit 2025 telah berlangsung pada 10 November 2025 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. Program ini menghimpunkan pelbagai bakat muda TVET, tenaga pengajar serta wakil industri bagi memperkukuh jaringan profesional dan memperkasa kemahiran tenaga kerja negara.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), yang turut menegaskan komitmen kementerian dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bakat teknologi melalui kerjasama strategik antara industri dan institusi pendidikan.

Program MBOT TUNE Summit 2025 turut menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berharga daripada empat tokoh hebat dalam bidang teknologi, pendidikan dan industri iaitu;
• Tc. Azizol Adam – Pengarah Urusan AZ TUNE Sdn Bhd, Penerima Anugerah Juruteknik Negara 2025
• Ts. Suria Affendi bin Amiruddin – CEO Umorie Graphene Technologies Sdn. Bhd.
• Ts. Dr. Mohd Hadzley bin Abu Bakar – Pensyarah UTeM
• Ts. Mohd Taufik Nordin – Head of Company, CTRM Testing Laboratory Sdn. Bhd.

MBOT TUNE Summit 2025 menekankan peranan bakat TVET dan STEM sebagai nadi kemahiran negara, di samping keperluan melahirkan tenaga kerja berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif sejajar dengan konsep Human-Centric Technology.

Kredit Foto : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)