News

MBOT STUDENT CHAPTER TUNE@KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

May 19, 2025
19 Mei 2025 - Program MBOT Student Chapter TUNE@Kolej Vokasional Sandakan telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan seramai 150 orang pelajar dari jurusan Teknologi Elektrik, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Automotif. Program ini merupakan inisiatif MBOT Student Chapter yang digerakkan oleh Sabah Association of Professional Technicians and Technologists (SAPTT), dengan kerjasama institusi TVET di Sabah.

Program MBOT Student Chapter dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Sandakan, Puan Kilin binti Toyou dan disusuli dengan majlis pertukaran Surat Niat Hasrat Kerjasama antara MBOT dan SAPTT sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan profesionalisme dalam kalangan pelajar.

Ts. Joenel Jekli Lipong telah berkongsi mengenai peranan MBOT dalam pengiktirafan Juruteknik serta kepentingan akreditasi program TVET, selain menerangkan peranan SAPTT dalam membina kesedaran dan menggalakkan pengiktirafan profesional dalam kalangan pelajar.

Seterusnya, Ts. Muhammad Hazim bin Noor Hamizam Shah, wakil industri dari Kim Loong Power (Power Generation) Telupid, menekankan kepentingan pendaftaran profesional dalam sektor pekerjaan serta keperluan pelajar menguasai kemahiran teknikal dan insaniah bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam industri.

Penghargaan dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa institusi di bawah penyelarasan Ts. Mohd Fitrinizam atas komitmen dan kerjasama erat bagi memastikan kelancaran setiap agenda yang dirancang. Program ini telah memberi impak yang signifikan kepada para pelajar melalui pendedahan langsung kepada hala tuju kerjaya profesional, keperluan akreditasi, dan kepentingan jaringan industri.