News

MBOT RED LIPS HI-Tea

Nov 04, 2022

4 NOVEMBER 2022 - MBOT Red LIPS Hi-Tea merupakan program eksklusif anjuran MBOT bersempena penubuhan Woman Technologists Chapter (WTC) bagi mengumpulkan barisan wanita-wanita dalam profesion teknologis dan juruteknik. Program yang berlangsung di Boat House Ampang ini mengetengahkan figura-figura wanita profesional yang terkemuka sebagai panelis bagi membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh profesional wanita selain mewujudkan jaringan dalam kalangan profesion wanita dalam bidang teknologi dan juruteknik. Antaranya, Aireen Omar, Presiden Air Asia Digital; Puan Sri Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Pengasas Global Coordinator, International Service for the Acquisition of Agribiotechnology Applications (ISAAA) dan Ts. Norhasita binti Mohd Yusof, Pengurus Besar Telekom Malaysia.

Dalam majlis ini juga, MBOT turut mengumumkan perancangan untuk memberikan penganugerahan Women in Technology and Technical Leadership Award, yang julung kali diperkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam profesion Teknologis dan Juruteknik.  Pencalonan adalah daripada kalangan Teknologis dan Juruteknik wanita yang telah menyumbangkan banyak jasa dalam pembangunan kemajuan industri teknologi dan teknikal. 

Anugerah ini akan diumumkan semasa Majlis Apresiasi Teknologis dan Juruteknik pada tahun hadapan.