News

MBOT PERLUAS JARINGAN KOMUNITI BERSAMA INSTITUSI

Aug 25, 2020
25 OGOS 2020 - Mesyuarat Kerjasama antara Lembaga Teknologis Malaysia dan Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung pada 25 Ogos 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat C22, Sekolah Pendidikan FSSH, UTM. 

Tujuan kerjasama tersebut adalah untuk memperluaskan jaringan komuniti dan profesional MBOT dan institusi, selari dengan kepakaran Teknologi dan Teknikal yang dimiliki. Intipati mesyuarat tersebut ialah pengiktirafan staff akademik dan staff teknikal di Sekolah Pendidikan secara berkelompok, latihan jangka pendek dan panjang, penyelidikan berkaitan latihan dan pendidikan dan sebagainya.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Zaidatun bt Tasir, Dekan FSSH manakala MBOT diwakili oleh Cik Natasya Johari, Penolong Pendaftar MBOT. Turut hadir ialah Dr. Megat Ahmad Zahirin, Pengarah Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, FSSH dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Safarin, pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.