News

MBOT METERAI MOU BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Sep 02, 2021
2 SEPTEMBER 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memeterai memorandum persefahaman (MoU) secara dalam talian hari ini menerusi aplikasi Zoom. 

MoU berkenaan merupakan langkah permulaan kerjasama rasmi MBOT dan JPK bagi menjalin kerjasama strategik sebagai Panel Pakar Teknologi (Technology Expert Panel - TEP) yang melibatkan perkongsian kepakaran, pengetahuan dan perkhidmatan berkaitan teknologi dan teknikal. Melalui MoU yang ditandatangani pada hari ini, MBOT dan JPK akan meneroka peluang-peluang dalam membangunkan bakat dan direalisasikan dengan lebih optimum supaya kualiti, ilmu dan pengetahuan tenaga kerja professional sentiasa menepati kehendak industri semasa sekaligus mewujudkan balanced supply dan demand.

YBhg. Dato’ Ts. Hj. Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran mewakili JPK menandatangani perjanjian tersebut manakala MBOT diwakili oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT. Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah YBrs. Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Mohd Rashid bin Buyong Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).