News

MBOT GALAK KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Aug 13, 2021
13 OGOS 2021 - Sesi taklimat MBOT telah diadakan pada hari ini bersama lebih 100 kakitangan Bahagian Pembinaan dan Pentauliahan Petronas dalam program Borak-borak COMMISSIONING CoP SERIES : How to get CPD for Ts. (MBOT) yearly Renewal. Sesi ini memberikan pendedahan dan informasi terperinci mengenai pengumpulan jam CPD, jenis program CPD yang diluluskan MBOT dan cara mendaftar sebagai Penyedia Latihan serta pembaharuan pendaftaran.

Tc. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT menekankan bahawa sebagai sebuah badan profesional, MBOT amat mengalakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan latihan semula (reskill) dan peningkatan kemahiran (upskill) melalui penyertaan dalam program-program CPD. Pelaksanaan CPD adalah bagi mengalakkan teknologis dan juruteknik meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mempelajari kemahiran baharu dari semasa ke semasa bagi memberikan perkhidmatan terbaik dalam pekerjaan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.