Jul 14, 2026
14 JULAI 2026 - Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan sesi libat urus strategik bersama pengurusan tertinggi i-CATS University College, Sarawak bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah memperkukuh pembangunan bakat teknologi negara.
Antara fokus utama perbincangan ialah pelaksanaan akreditasi program, pembangunan kursus jangka pendek (short courses) yang memenuhi keperluan industri serta memperluas inisiatif pendaftaran Teknologis Berijazah (GT) secara pukal bagi melahirkan lebih ramai teknologis profesional.
Delegasi i-CATS University College diketuai oleh Prof. Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor, bersama Prof. Dato' Dr. Shazali Abu Mansor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta Prof. Ts. Dr. Leo Sing Lim, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Libat Urus Komuniti).
Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan MBOT dan institusi pendidikan tinggi dalam memperkukuh ekosistem pendidikan teknologi, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi aspirasi negara.