News

MBOT CERTIFICATION PROGRAM LAUNCHING WITH PRPC GROUP OF COMPANIES

Mar 21, 2023
22 MAC 2023 - YBrs. Dr Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan YBrs. Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT telah menghadiri Program MBOT Certification Program Launching anjuran PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) di The Els Club Desaru Coast - Ocean Course.

Majlis ini diadakan sebagai simbolik permulaan satu program khas untuk membimbing kakitangan teknikal PRPC mendapatkan pengiktirafan profesional MBOT. Semasa program tersebut juga, seramai 27 orang kakitangan PRPC telah menerima sijil pendaftaran sebagai Teknologis Berijazah dan Juruteknik Berkelayakan. Ia meliputi tiga bidang teknologi iaitu Teknologi Kimia, Teknologi Minyak dan Gas dan Teknologi Bangunan dan Binaan. 

Seterusnya, pengurusan PRPC merancang untuk mengatur pelbagai program seperti 'mentoring' pendaftaran profesional dan penilaian profesional dengan penglibatan Teknologis Profesional & Juruteknik Bertauliah di bawah kumpulan Petronas. PRPC menyasarkan 90 kakitangan mereka akan menyertai program khas ini yang akan berlangsung sehingga September 2023.

Turut hadir ialah wakil pengurusan tertinggi, En. Mohd Faatih Mohd Noor, Pengurus Kanan HRM PRPC, YBrs. Ir. Ts. Mohd Zulkarnain Muhamad, Pengurus Besar Pengerang Power Sdn. Bhd. dan En. Zahri Zainal Abidin, Pengurus Besar Gudang Produk Pepejal, Jeti dan Logistik dan Puan Ramona Nazreen A Rahman, Pengurus Kanan, Makmal Berpusat.