News

MBOT CADANG PENDAFTARAN PUKAL KEPADA TENAGA PENGAJAR JTM

Jul 16, 2020

16 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengadakan perbincangan tentang usaha pemerkasaaan TVET. Pihak MBOT berbesar hati memberikan laluan kepada warga JTM untuk berdaftar secara pukal sebagai ahli MBOT dan seterusnya menjalankan penilaian profesional mengikut zon.

Menerusi mesyuarat yang dipengerusi oleh Encik Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah JTM, cadangan kerjasama yang dipersetujui ialah mendaftarkan dan mengiktiraf tenaga pengajar JTM serta menandatangani MoU bagi mengalakkan ahli profesional MBOT mendapatkan mata CPD dengan menghadiri program-program latihan anjuran JTM.