News

MAJLIS PERASMIAN PROJEK RINTIS PENSIJILAN PROFESIONAL MODULAR KESELAMATAN SIBER ZON MALAYSIA TIMUR

Dec 09, 2019

9 DISEMBER 2019 - Majlis Perasmian Projek Rintis Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber Zon Malaysia Timur yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu Sabah.

Majlis ini merupakan acara lanjutan daripada Program Jerawaraya Projek Rintis Pensijilan Profesional Modular Keselamatan Siber yang telah dirasmikan pada 25 November lepas.

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Cyber Secutiry Malaysia (CSM) mengambil inisiatif untuk mempergiatkan pertambahan golongan berpengetahuan dan kompeten dengan pelbagai kemahiran dalam bidang keselamatan siber di samping mempromosikan usaha reskilling dan upskilling.