News

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI MTUN DAN PERASMIAN PROGRAM SIRI BICARA CENDEKIAWAN MULIA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Jun 28, 2019

25 JUN 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah memenuhi jemputan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) sempena Program Siri Bicara Cendekiawan Mulia Universiti Malaysia Pahang. Sesi forum ini telah menampilkan YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, Presiden MBOT dan Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar MBOT sebagai panelis serta Prof Madya Dr. Ts. Mohd Rusllim bin Mohamed sebagai moderator forum. 

Bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang, majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik. Dr Maszlee turut memaklumkan kerajaan kini bersungguh-sungguh dalam memartabatkan TVET. Justeru beliau memberitahu Kementerian Pendidikan Malaysia melalui UMP, UTHM, UTeM dan UniMAP menawarkan Program Sarjana Muda Teknologi (Bachelor of Technology – B.Tech.) mulai sesi pengambilan September 2019. 

Setinggi-tinggi perhargaan kepada YBhg. Dr Maszlee Malik di atas kesudian menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Siri Bicara Cendekiawan Mulia Universiti Malaysia Pahang.