News

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-3 ANJURAN PERSEKUTUAN PUSAT BERTAULIAH JPK MALAYSIA (FeMAC)

Feb 15, 2020

15 FEBRUARI 2020 - YBrs. Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT telah hadir sebagai tetamu kehormat majlis ini di samping memberikan sokongan kepada graduan bidang kemahiran yang telah bertungkus lumus menamatkan kursus mereka.

Presiden FEMAC yang juga Anggota Lembaga MBOT, YBrs. Ts. P. Sailanathan dalam ucapan beliau, mengucapkan tahniah kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan pelajaran serta ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan. Beliau juga mengalakkan semua graduan bidang teknologi dan teknikal untuk mendaftar di bawah MBOT sebagai Juruteknik Berkelayakan dan seterusnya bergelar profesional dengan kelayakan tertentu sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Pada majlis ini, seramai 500 graduan menerima penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).