News

LAWATAN KERJA KE PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Sep 19, 2023
19 SEPTEMBER 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut. Lawatan yang mengambil masa sehari itu merupakan fasa akhir kajian pengiktirafan Pensijilan Kompetensi Juruteknik Tentera Laut di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik (Akta 768). 

YBhg. Kdr. Ts. Mohd Khairul Anuar bin Mohd Tahir TLDM, Ketua Pegawai Staf Penyelidikan dan Pembangunan Latihan Kejuruteraan, MPPL telah mempengerusikan pertemuan tersebut yang turut disertai kira-kira 10 orang pegawai TLDM. 

Delegasi MBOT diketuai oleh YBrs. Ts. Yam Teong Sian, Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan dan Kelayakan (E&Q) MBOT dan turut disertai oleh ahli Jawatankuasa E&Q serta ahli Technology and Technical Working Group (TTWG) MBOT dalam bidang Teknologi Maritim.