Jun 26, 2026
26 Jun 2026 - Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, FASc., Presiden MBOT telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Khaidhir Elias, Chief Human Capital Officer Telekom Malaysia (TM).
Kunjungan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara MBOT dan TM, khususnya dalam usaha meningkatkan profesionalisme tenaga kerja teknikal negara.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh usaha memperluaskan penggunaan standard MBOT sebagai rujukan dalam pembangunan kompetensi tenaga kerja teknikal, di samping meneroka peluang kerjasama strategik melalui pelbagai program dan aktiviti bersama yang dapat memperkukuh pembangunan bakat warga TM.
MBOT berharap jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan demi melahirkan lebih ramai profesional teknologi yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri serta agenda pembangunan negara.