News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KE ATAS TIMBALAN PRESIDEN (PROJECT DELIVERY & TECHNOLOGY) PETRONAS

Jan 19, 2022
19 JANUARI 2022 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bersama pengurusan tertinggi MBOT telah melakukan kunjungan hormat ke atas Encik Bacho Pilong, Timbalan Presiden (Project Delivery & Technology) PETRONAS di Menara Berkembar Petronas.

Pertemuan ini telah menjadi satu platform perbincangan mengenai pengiktirafan tenaga kerja mahir PETRONAS terutama dalam bidang teknologi minyak dan gas serta bidang-bidang Deep Technology seperti Keselamatan Siber (CyberSecurity), Sains Data (Data Science) dan teknologi maklumat. Selain itu, MBOT telah berkongsikan perancangan untuk menjalin kerjasama bagi menyediakan latihan dan kursus berkaitan kepada ahli-ahli MBOT.