News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KE ATAS TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Mar 31, 2022
31 Mac 2022 - Hari ini, YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Prof. Dr. Shahimi Mohtar, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pertemuan yang diadakan di Anjung Tamu institusi tersebut adalah untuk berkongsi mengenai perkembangan terkini MBOT bersama pengurusan tertinggi UUM. Sebagai sebuah badan profesional yang menjalankan akreditasi program teknologi dan teknikal, MBOT sentiasa giat bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan untuk mengukuhkan kualiti akademik sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan. 

Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal MBOT.