News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AERODYNE GROUP

Dec 29, 2021
29 DISEMBER 2021 - YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)  hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Tuan Kamarul A Mohamed di Pejabat Aerodyne Group, Cyberjaya. 
 
Pertemuan ini diadakan bagi meneroka ruang kerjasama dalam usaha memartabatkan industri teknologi dron di Malaysia. Dengan kerjasama ini, MBOT dan Aerodyne Group menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai teknologis dan juruteknik mahir dalam bidang teknologi dron. Usaha ini adalah seiring dengan kepesatan penggunaan dron dalam pelbagai industri terutama dalam bidang pertanian dan media kreatif.