News

KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR MBOT KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BIOECONOMY CORPORATION

Jan 16, 2023
16 JANUARI 2023 - YBrs. Dr Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT telah menjalankan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation.

Antara tujuan kunjungan tersebut ialah menggalakkan pembangunan profesional kakitangan teknikal Bioeconomy Corporation melalui pengiktirafan oleh MBOT. MBOT akan turut menyediakan satu info deck kepada pihak Bioeconomy Corporation untuk dikongsi kepada pegawai dan pemegang taruh berkaitan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang fungsi MBOT serta proses-proses pengiktirafan profesional MBOT. 

Bioeconomy Corporation juga mencadangkan untuk melibatkan MBOT dalam program-program anjuran Bioeconomy Corporation bagi mempromosikan pengiktirafan MBOT kepada pemegang taruh. Pihak MBOT akan membantu pihak Bioeconomy Corporation dari segi penyediaan info deck serta bersedia untuk menjadi penceramah bagi sesi-sesi taklimat pembangunan profesional. 

Selain itu, MBOT mencadangkan agar Bioeconomy Corporation melalui Bio Academy mendaftar sebagai Approved Training Provider MBOT (ATP) MBOT. Dengan pendaftaran ini, ahli profesional MBOT dapat mengumpul jam CPD dengan menyertai program latihan atau kursus yang dianjurkan oleh Bio Academy.